Monday, March 2, 2015

Safah Herbs - Home Traditional Spa



SAFAH HERBS adalah produk yang dicipta khusus untuk merawat kulit badan seperti berparut, gelap, kusam, kasar, bersisik, tidak sekata dan lain-lain masalah kulit.

Produk ini berasaskan herba, buah, kekacang dan pelbagai sumber asli yang diformulasi dari ramuan tradisi petua zaman dulu dalam mencantik dan menjaga kesihatan kulit badan.

Setiap produk Safah Herbs bebas dari sebarang bahan kimia, pengawet, pewarna, pewangi dan bahan penambah. Produk Safah Herbs adalah dari bahan semulajadi dan asli dan ia adalah satu anugerah dari alam pada pengguna di luar sana yang ingin menjaga kecantikan kulit tubuh badan menerusi petua tradisi yang sangat semulajadi dan selamat tanpa memberi kesan sampingan yang buruk.

Produk Safah Herbs:

Kebaikan Produk Safah Herbs :

Membersih - Safah Herbs mampu membersihkan kulit dari sebarang kotoran, daki, sel-sel mati dan sebarang debu dan habuk yang mendap kedalam liang roma yang tidak mampu dibersihkan oleh sabun mandi biasa. Ia menjadikan kulit lebih bersih dan segar.

Mencerah - Produk Safah Herbs mampu mencerahkan kulit yang gelap atau parut - parut akibat faktor sinaran matahari, radikal bebas dan penuaan semulajadi seperti gelap keseluruhan kulit atau celah ketiak, peha, leher tangan ataupun kaki. Penggunaan yang berterusan akan menjadikan kulit lebih cerah dan sekata.

Melembut - Produk Safah Herbs akan melembutkan kawasan kulit badan yang kasar, keras, bersisik dengan zat dan khasiat ramuan asli produk. Penggunaan yang berterusan akan menjadikan kulit lebih lembut dan halus.

Memelihara - Safah Herbs dengan khasiat ramuan semulajadi mampu memelihara kecantikan dan kesihatan kulit badan dari kerosakan fakotr - faktor luaran dan pelbagai pencemaran. Kulit akan menjadi lebih baik dan sihat.

Menegang - Penggunaan produk Safah Herbs yang berterusan akan mengembalikan keanjalan dan ketegangan kulit serta mengurangkan garis - garis halus yang menjadi punca kepada kedutan dan kekenduran kulit.

Keistimewaan Produk Safah Herbs :
  • Produk rawatan tubuh yang ringkas namun berkesan bagi permasalahan setiap kulit pelanggan. 
  • Harga yang berpatutan dan mampu dibeli serta mudah dilakukan sendiri di rumah. 
  • Produk yang berkualiti tanpa pengawet, pewarna dan bahan kimia. 100% semulajadi dan bermutu serta segar. 
  • Produk yang asli serta segar dari ladang. Dikeringkan dengan teknologi terkini tanpa menghilangkan kesegaran dan zat vitamin. 
  • Pemilihan bahan asas seperti herba, buah, kekacang yang benar2 bermanfaat untuk kecantikan dan kesihatan kulit. 
  • Produk yang dijamin halal tanpa was - was kerana berunsurkan 100% tumbuhan, buah dan kekacang.

No comments:

Post a Comment