Sunday, March 1, 2015

Safah Herbs - Scrub Soap


BLACK COFEE BEAN
Sabun lulur yang diformulasi dari biji kopi yang asli dan herba semulajadi yang diperbuat khusus untuk membersihkan kulit badan dari kotoran, minyak, sel-sel mati, parut-parut dan mencerahkan kulit yang gelap akibat pancaran matahari dan proses penuaan semulajadi. Bijian kasar yang terdapat pada sabun sama fungsinya seperti penggunaan lulur badan. Sangat bagus digunakan setiap hari pada waktu mandi pagi dan petang supaya kulit akan lebih cerah, lembut, halus dan gebu.

WHITE COCONUT FRUIT
Sabun lulur yang diadun dari kelapa, santan dan pati vanilla bertujuan untuk menghaluskan kulit badan yang kasar, kusam dan bersisik.Ia mampu melembut dan mengembalikan pelembapan yang hilang akibat pendedahan pada cahaya matahari dan radikal bebas. Buah kelapa secara semulajadi mempunyai pelembapannya tersendiri. Penggunaan yang kerap sewaktu mandi menjadikan kulit lebih segar, tegang, lembap dan anjal. Warna kulit akan menjadi lebih sekata dan kulit akan lebih cerah secara semulajadi.

RED ROSELLE SCRUB SOAP
Sabun lulur dari Bunga Roselle sangat kaya dengan antioksidan dan vitamin yang sangat diperlukan oleh kulit khusus untuk memberikan kecantikan dan kesihatan pada kulit.Melindungi kulit dari radikal bebas dan punca kerosakan semulajadi. Selain ia memberi vitamin secara semulajadi pada kulit dengan penyerapan yang maksima, ia juga akan membersih dan mencerahkan kulit. Bijian lulur terdapat pada sabun akan menjadikan setiap kotoran akan mudah dibersihkan dan kulit yang tumbuh akan lebih sihat, tegang dan segar.

BROWN CINNAMON SCRUB SOAP
Sabun lulur dari ramuan pati kayu manis dan limau purut sangat bagus untuk membersihkan kulit badan yang bermasalah jerawat, berminyak, berbintik, gelap dan berparut. Kayu manis bagus untuk menghilangkan parut dan mengurangkan angin manakala buah limau purut bagus untuk mencerahkan kulit yang gelap dan mengurangkan jerawat pada badan. Butiran lulur yang kasar akan membersihkan kulit dengan lebih mendalam. Kulit kelihatan lebih bersih, cerah dan halus.

GREEN BEAN SCRUB SOAP
Sabun lulur dari kacang hijau dan herba terpilih sangat baik untuk membersihkan kulit badan yang kusam, gelap, kasar, bersisik dan berbintik. Kacang hijau mempunyai kelebihan tersendiri yang mana mampu menarik kekotoran yang mendap didalam liang roma maupun dipermukaan kulit. Tekstur sabunnya agak kasar apabila digosok namun ia serta merta menjadikan kulit menjadi lebih bersih, putih, halus dan segar. Anda akan terasa perbezaannya walau pertama kali menggunakannya!

YELLOW SOY BEAN SCRUB SOAP
Sabun lulur yang diformulasi dari kacang soya sangat bagus untuk pencerahan, pelembapan, kelembutan dan kecantikan kulit.Kajian sedunia telah menunjukkan bahawa kacang soya mempunyai pelbagai khasiat samada dalam makanan maupun ramuan kecantikan. Kacang soya akan menjadikan kulit semakin bersih, putih, halus, lembap dan berseri. Keanjalan kulit akan meningkat kerana kacang soya kerana ia mengandungi khasiat kolagen semulajadi dalam pembentukan dan pembaharuan sel-sel kulit.

Saiz Dan Harga 
100g
Online: RM18:90
Retail: SM: RM18.90 SS: RM20.90

Cara Penggunaan Sabun Lulur /Soap Scrub: 
1. Basahkan badan dan mandi seperti biasa. Kemudian sentalkan sabun pada badan hingga berbuih. 2.Gosokkan badan dengan span hingga 2-3 minit. Bilas hingga bersih.
3. Boleh digunakan setiap hari.

No comments:

Post a Comment